"> " /> " />

Pokemon Unite akan hadir pada 22 September di Android dan iOS

Acara langsung Pokemon Presents semalam membuat pengumuman Pokemon Unite versi peranti pintar akan hadir pada 22 September ini di iOS dan Android.

Image

Bagi yang sudah membuat pra-pendaftaran, terdapat tiga hadiah jika pra-pendaftaran dapat mencapai jumlah pra-pendaftaran.

Anda akan mendapat 1,000 Aeos Tickets dengan 1 juta pra-pendaftaran, Pikachu’s Unite License (Pikachu percuma) pada 2.5 juta pra-pendaftaran dan akhirnya skin Festival Style: Pikachu apabila mencapai 5 juta pra-pendaftaran.

Pokemon Unite juga mengumumkan Blissey sebagai Pokemon baru yang sudah keluar semalam di platform Switch.

Dua Pokemon baru juga telah diumumkan Mamoswine dan Sylveon.

Mungkin banyak lagi Pokemon baru bakal hadir ke Pokemon Unite.

Jangan lupa membuat pra-pendaftaran di iOS dan juga Android nanti.

RELATED NEWS

+