Pokemon UNITE dilancarkan di iOS dan Android hari ini

Pokemon UNITE adalah permainan MOBA 5v5 yang asalnya dilancarkan di Nintendo Switch pada Julai. Kini, anda boleh memuat turun permainan ini di peranti iOS dan Android. Permainan ini juga menerima beberapa perubahan ke permainan platform tambahan ini.

Bagi meraikan kehadiran Pokemon UNITE ke pelantar mudah alih, Battle Pass baru yang dikenali sebagai Galactic Ghost 094 akan dilancarkan yang menawarkan pelbagai bonus serta item baru untuk didapatkan. Seperti nama Battle Pass tersebut, musim ini akan bertemakan angkasa lepas.

Pemain akan menerima skin Special Holowear – Festival Style: Pikachu yang meraikan lebih 5 juta pra-pendaftaran. Selain itu, pemain juga akan menerima Unite License: Pikachu dan 1,000 Aeos tickets. Pokemon pantas Zeraora juga ditawarkan kepada pemain melalui sebuah misi khas.

Memandangkan permainan ini dilancarkan di Nintendo Switch dan peranti iOS dan Android, Nintendo membenarkan peminat bermain bersama satu sama lain kerana ciri ‘crossplay‘ sudah ditambah. Jika anda mempunyai Pokemon Unite di kedua-dua pelantar ini, anda juga boleh membawa kemajuan anda ke mana-mana sahaja dengan ciri ‘crossprogression‘ yang diimplementasikan.

Satu ciri baru yang dinamakan Unite Squads akan ditambahkan pada permainan ini. Pemain boleh membuat pasukan mereka sendiri atau mencari pasukan yang sudah ada untuk berganding bahu dan berhubung dengan pemain lain.

Pokemon UNITE akan dilancarkan hari ini, 22 September, dan pelayan untuk peranti iOS dan Android akan mula dibuka pada jam 3PM (GMT+8)

RELATED NEWS

+