Pokemon Unite mencapai lebih 1 juta pra-pendaftaran di Android dan iOS, kurang dari seminggu

Selepas diumumkan bahawa Pokemon Unite akan tiba untuk platform mudah alih pada 18 Ogos lalu, permainan itu kini berjaya mencapai sasaran jumlah pra-daftar lebih 1 juta, dalam masa kurang daripada seminggu.

Pencapaian ini diumumkan di laman Twitter rasmi Pokemon Unite dan mereka juga memperlihatkan ganjaran yang akan diperolehi oleh pemain pada setiap sasaran. 

Antara ganjaran yang akan diberikan ialah Aeros Ticket, lesen Pokemon Unite dan Holowear-Festival Style: Pikachu.

Ganjaran ini akan dikatakan boleh ditebus sehingga 31 Oktober 2021, dan kemungkinan ganjaran ini akan diberi melalui mel dalam permainan. 

Strategi memberikan ganjaran sebelum permainan dilancarkan ini adalah langkah yang dilakukan kebanyakan permainan masa kini. Dengan ini ianya sedikit sebanyak memberikan pemain keterujaan untuk melakukan pra-daftar dan sekaligus menantikan kemunculan permainan ini pada 22 September kelak.

Pokemon Unite akan dilancarkan secara rasmi pada 22 September ini dan pra-daftar masih boleh dilakukan di Google Play Store dan Apple App Store. 

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+