Pokimane dan JiDion berkolaborasi selepas bergaduh di Twitch

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita Ninja yang ingin menyaman Pokimane atas sebuah fitnah yang dikeluarkannya. JiDion punca isu ini apabila dia menghantar raid ke strim Pokimane dan menyuruh penontonnya menulis “L + Ratio” di ruangan chat.

JiDion digantung di Twitch selepas kejadian itu dan meminta maaf kepada Pokimane tentang kejadian itu.

Kini, JiDion dilihat menikmati burger bersama Pokimane di sebuah kicauan yang dijumpa di Twitter.

JiDion kemudiannya membuat siaran langsung Instagram untuk menjelaskan situasi itu dalam sebuah siaran pendek.

Menurutnya, dia tidak suka bergaduh dengan orang lain.

“Saya seorang yang tenang. Itu sahaja. Jika anda berselisih faham dengan seseorang, ia sentiasa boleh diperbaiki,” katanya di siaran langsung Instagramnya.

Pokimane tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kolaborasinya yang tidak dijangka bersama JiDion tetapi kemungkinan besar dia juga sibuk membuat pendedahan besar platform penstriman seterusnya selepas mendedahkan bahawa kontrak Twitch eksklusifnya akan berakhir tidak lama lagi.

Sumber rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+