mengelak dari hadir ke mahkhamah dengan mengumpul dana sebanyak AS$18 juta."> mengelak dari hadir ke mahkhamah dengan mengumpul dana sebanyak AS$18 juta." /> mengelak dari hadir ke mahkhamah dengan mengumpul dana sebanyak AS$18 juta." />

Pokimane menyeru pencipta kandungan untuk tidak bermain permainan dari Activision Blizzard

Activision Blizzard adalah sebuah syarikat pembangunan permainan yang sedang bergelut dengan masalah gangguan seksual di tempat kerja. Malah syaritkat ini pernah cuba mengelak dari hadir ke mahkhamah dengan mengumpul dana sebanyak AS$18 juta.

Ia juga cuba melepaskan diri daripada isu ini dengan menubuhkan jawatankuasa khas berikutan isu gangguan seksual dan diskriminasi. Malah, ikon industri seperti Phil Spencer dari Microsoft Xbox, Jim Ryan dari pasukan PlayStation juga mengecam syarikat ini. The Game Awards juga mengesahkan bahawa tiada permainan dari syarikat itu akan dinobatkan apa-apa anugerah.

Penstrim terkenal, Pokimane, baru-baru ini menggunakan platformnya untuk menyeru penstrim lain untuk tidak memainkan apa-apa permainan Activision Blizzard di siaran mereka.

“Saya rasa jika anda seorang penstrim yang sudah berkemampuan, anda tidak sepatutnya memainkan permainan Activision Blizzard,” kata Pokimane dalam salah satu siarannya pada 8 Disember.

Beliau juga memahami bahawa sesetengah penstrim menerima pendapatan utama daripada permainan Blizzard. “Saya fikir dalam kes itu, mereka harus tetap lantang tentang bagaimana mereka menentang isu ini jika mereka masih bermain permainannya,” ujarnya tentang penstrim yang menerima pendapatan dari Activision Blizzard.

Pokimane sendiri sudah lama tidak memainkan permainan Acitvision Blizzard.

Setakat ini, Activision Blizzard tidak memberi komen apa-apa tentang masalah yang dihadapi olehnya.

Sumber rujukan: Dexerto 

RELATED NEWS

+