Police Sentri, permainan buatan Malaysia akan dilancarkan di iOS dan Steam

Jika anda ada kenangan dari kecil bermain ‘Polis & Pencuri’ dan ‘Hide and Seek’, pasti anda mahu mencuba bermain Police Sentri ini bagi mengimbau kembali kenangan lalu bersama rakan atau ahli keluarga anda.

Diinspirasikan daripada permainan popular kanak-kanak itu, Police Sentri ini adalah permainan video yang boleh dimainkan sehingga lapan orang pemain di mana pemain akan diberikan identiti sebagai polis atau pencuri. 

Pemain yang bermain sebagai polis akan menang jika mereka dapat menangkap semua pencuri dan pencuri akan menang jika mereka berjaya menjaga ‘beg duit’ dalam masa yang ditetapkan. 

Polis Sentri dibangunkan oleh Todak Studios bermula Januari awal tahun ini semasa Covid-19 yang menyebabkan pelbagai aktiviti bersama rakan dan keluarga terbatas.

Permainan ini mempunyai corak permainan yang pantas, mempunyai sistem ‘level up’ dalam permainan untuk perkembangan pemain yang menyeronokkan dan kuasa istimewa rawak dengan kemungkinan yang tiada penghujung.

Polis Sentri akan dilancarkan pada 16 Julai ini secara percuma di iOS dan premium di Steam.

Pengguna Android sudah boleh muat turun sekarang.

RELATED NEWS

+