Porsche Malaysia diwakili Sime Darby Auto Performance memperkenalkan Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2024 yang bermula dari 19 Julai sehingga 11 Ogos ini.
Acara akhir akan dijalankan pada 9-11 Ogos ini ketika Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) di Litar Antarabangsa Sepang.
Acara e-sukan ini juga membawa ramai pelumba dan peminat permainan video untuk menunjukkan bakat dan minat mereka dalam arena motorsport atas talian.
Untuk melayakkan diri ke acara ini, pemain perlu menggunakan pelantar Asetto Corsa untuk menyertai pertandingan perlumbaan simulasi dalam tiga kategori umur iaitu:
- 10 – 14 tahun
- 15 – 17 tahun
- 18 tahun ke atas
Bagi pusingan kelayakan, ia sudah pun berakhir di mana pemain bermain dari kediaman masing-masing dan Porsche Centre Ara Damansara. Pada 27 dan 28 Julai lepas pusingan kedua kelayakan sudah pun berlangsung.
Ketika kelayakan kedua, peserta mendapatkan sesi latihan bersama jurulatih, termasuk latihan 20 minit di Litar Suzuka.
10 peserta terbaik dapat melayakkan diri mereka ke perlawanan akhir di PCCA 2024.
Finalis untuk Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia berpeluang untuk membiasakan diri mereka dengan litar Sepang selama 30 minit sebelum cubaan pole position dalam sesi kelayakan selama 15 minit.
Porsche Carrera Cup Asia juga menjadi satu pelantar baharu dimana peminat dapat bersama-sama di Litar Antarabangsa Sepang untuk membawakan integrasi perlumbaan virtual dan sebenar.
Nantikan perlawanan akhir nanti 9-11 Ogos di Litar Antarabangsa Sepang.