Poster Filem Netflix Ini Betul-Betul Tiru The Last Of Us

Meniru hasil kerja orang lain terutamanya dalam industri video game bukanlah perkara baru.

Baru-baru ini, filem Netflix iaitu What Still Remains yang dilancarkan pada tahun lalu menampilkan seorang kanak-kanak perempuan mengembara bersama seorang lelaki berusia untuk terus hidup yang mana dunia kini dipenuhi manusia ganas kerana wabak virus. Macam pernah dengar je?

Ya, ia ada kaitan dengan The Last of Us. Malah, lebih teruk lagi ia meniru poster macam permainan video popular itu.

Saksikan twit di bawah ini.

Tapi untuk pengetahuan korang, What Still Remains tak menggunakan poster ini untuk tujuan pemasaran kerana mengubahnya pada saat akhir. Mungkin sebab kantoi ada orang buat laporan pada Naughty Dog dan mereka bertindak balas cepat tentang isu ini.

Tapi yang kelakarnya pengarah The Last of Us sendiri, Neil Druckmann pun perasan tentang isu ini.

Kalau korang terfikir sama ada siri ini wajar untuk ditonton, Rob Trench sendiri berkata “Kalau korang nak saksikan adaptasi TLOU yang sangat teruk, inilah dia (pada pendapat saya ia patut kekal sebagai game),” Bagaimanapun, ia mendapat rating 89% di Rotten Tomatoes jadi korang sendiri bolehlah menilainya. 

Sementara itu, TLOU 2 masih lagi belum mempunyai tarikh keluaran rasmi. Korang boleh main The Last of Us Remastered (untuk yang belum beli lagi).

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+