Poster karakter dan pelakon suara Arcane didedahkan

Riot Games dan Netflix hari ini memperlihatkan poster-poster karakter dan barisan pelakon suara bagi siri animasi mereka, Arcane.

Pendedahan ini dibuat menjelang tayangan pertama trailer rasmi Arcane yang akan ditayangkan ketika TUDUM Global Fan Event, pada 26 September ini, 12.00 AM waktu Malaysia. 

Vi – pelakon suara: Hailee Steinfeld

Jinx – pelakon suara: Ella Purnell

Jayce – pelakon suara: Kevin Alejandro

Caitlyn – pelakon suara: Katie Leung

Silco – pelakon suara: Jason Spisak

Mel – pelakon suara: Toks Olagundoye

Vander – pelakon suara: JB Blanc

Viktor – pelakon suara: Harry Lloyd

Siri animasi ini berlatarkan wilayah utopia Piltover dan sebuah dunia bawah tanah, Zaun. Arcane mengikuti kisah dua champion ikonik daripada League of Legends dan kuasa yang mula memecahbelahkan mereka. 

Bagi anda yang tidak tahu, Arcane adalah sebuah siri animasi pertama daripada Riot Games hasil kerjasama mereka bersama Fortiche Production, yang berasaskan watak-watak daripada permainan League of Legends.

Trailer Arcane akan ditayangkan di sebuah acara virtual Netflix iaitu TUDUM: Global Fan Event yang akan disiar secara langsung di YouTube Netflix selain di Twitter, Twitch dan Facebook.

Untuk mengikuti perkembangan Arcane, sila ikuti laman sosial Arcane di Twitter dan Instagram ; selain laman Twitter dan Instagram Netflix Geeked.

RELATED NEWS

+