Potion Permit: RPG simulasi unik ciptaan Indonesia

Healer dianggap sebagai watak yang sangat membosankan di dalam RPG dan dalam kebiasaan RPG, protagonis biasanya digambarkan watak yang membawa pedang dan seorang “damage dealer”.

Walaubagaimanapun, RPG terbaru ini menjadikan menyembuh dan membuat posyen sebagai tujuan utama.

Potion Permit ialah RPG simulasi rekaan studio Indonesia, MassHive Media dan penerbit PQube Games. Permainan ini memberikan peranan pemain sebagai seorang Ahli Kimia, yang ditugaskan untuk membantu menyembuhkan penduduk di sebuah pekan kecil.

Penduduk pekan Moonbury amat mematuhi kaedah perubatan tradisional, sehingga anak perempuan kepada Datuk Bandar jatuh sakit dan penduduk kampung terpaksa mencari seorang pengubat moden.

Di sini bermulanya watak pemain masuk, berpindah ke pekan kecil itu yang berpenduduk seramai 30 orang dan bermula proses menjadi doktor mereka.

Penduduk akan datang kepada pemain, apabila mereka rasa lemah dan atas keputusan pemain untuk diagnos simptom mereka dan mencari penawar untuk penyakit mereka.

Untuk menemukan bahan posyen dan remedi, pemain mesti mengembara ke luar Moonbury, di mana banyak bahan-bahan mentah semulajadi tumbuh, atau menewaskan raksasa untuk mendapatkan sesetengah bahan spesifik.

Apabila bahan semuanya ditemui, pemain akan pulang ke rumah untuk mereneh posyen dan ubatan untuk penduduk pekan. Pemain akan mula membina hubungan dengan penduduk, bermula dari sini dan membantu Moonbury.

Potion Permit adalah hasil gabungan elemen daripada The Legend of Zelda dan Stardew Valey dan menggabungkan dunia magis Fullmetal Alchemist.

Permainan ini akan menemui pemain dalam tahun ini dan mereka yang berminat boleh letakkan di dalam ‘wishlist’ di platform Steam.

Ikuti Twitter rasmi Potion Permit untuk perkembangan terkini pembangunan permainan.

RELATED NEWS

+