Pra-daftar Untuk League of Legends: Wild Rift Sekarang Di Google Play Store

League of Legends merupakan antara permainan MOBA paling popular di dunia. Sebelum ini, ia hanya boleh dimain di PC tetapi tidak lama lagi, sebuah versi mudah alih akan dilancarkan untuk peranti Android dan iOS.

Bagi pengguna Android di Malaysia, anda sudah boleh mula pra-daftar untuk mendapat peluang menyertai early access untuk League of Legends: Wild Rift. Aplikasi permainan tersebut sudah disenaraikan di Google Play Store.

Walaubagaimanapun, fungsi pra-daftar untuk permainan ini sudah dibuka sejak Oktober 2019. Oleh itu, ia tidak semestinya bermaksud permainan ini akan dilancarkan dalam masa terdekat. Riot Games merancang untuk melancarkan ia secara rasmi pada tahun ini.

Riot Games menjanjikan cara permainan yang berdaya saing seperti League of Legends di PC tetapi dipermudahkan agar ia boleh dimain di peranti mudah alih. Watak-watak champions yang boleh dimain sama seperti watak-watak League of Legends.

League of Legends: Wild Rift versi iOS masih belum ada di Apple App Store dan nampaknya ia akan dilancarkan selepas versi Android dilancarkan.

Reputasi League of Legends sebagai permainan MOBA yang sangat popular membuatkan ramai orang teruja untuk cuba main League of Legends: Wild Rift. Adakah ia bakal menjadi pesaing yang hebat kepada Mobile Legends: Bang Bang dan Arena of Valor?

Sumber: TechNave

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+