Pra-Pendaftaran Ragnarok M: Eternal Love Untuk Server Asia Tenggara Telah Dibuka

Berita baik kepada peminat tegar Ragnarok Online! Korang boleh membawa pengembaraan MMORPG ke mana-mana sahaja.

Daripada penerbit yang sama menghidupkan kembali Ragnarok Online di Malaysia dan Singapura, Electronics Extreme akan membawakan Ragnarok M: Eternal Love dalam versi bahasa Inggeris untuk server Asia Tenggara yang meliputi 11 negara termasuk Malaysia.

Sebelum ini, Ragnarok M: Eternal Love hanya diumumkan untuk China pada Mac tahun lepas.

Ragnarok M: Eternal Love merupakan sebuah game mobile remake daripada Ragnarok Online versi PC dibangunkan oleh Gravity iaitu pembangun asal Ragnarok. Korang boleh tengok video promo di bawah:

Ragnarok M: Eternal Love menampilkan sedikit kelainan untuk disesuaikan sebagai sebuah game mobile MMORPG.

Antara ciri-ciri paling ketara adalah karakter 2D dinaiktarafkan menjadi stail 3D, banyak dungeon dan raksasa untuk diburu, memasukkan sistem auto-fight dan banyak lagi.

Bagi yang berminat untuk bermain game nostalgia ini, korang boleh membuat pra-pendaftaran terlebih dahulu dan berpeluang untuk mendapatkan barangan in-game mengikut nombor pra-pendaftaran.

Pemain akan menerima satu skin misteri eksklusif jika berjaya mencecah 1 juta pra-pendaftaran. Korang boleh mula daftar Ragnarok M: Eternal Love di sini.

Sumber: Droid Gamers

RELATED NEWS

+