Pra-Pendaftaran Untuk Contra: Return Mula Dibuka, Satu Game Baru Yang Imbau Nostalgia!

Masih ingat Contra? ia adalah permainan di konsol klasik yang menjadi kenangan manis untuk kita yang lahir pada era 1990-an. 

Hari ini, platform hiburan digital di bawah SEA Group, Garena mengumumkan pra-pendaftaran bagi Contra: Return (Contra) bagi Asia Tenggara!

Permainan mudah alih ini adalah yang pertama berasaskan francais Contra klasik dan dibangunkan bersama oleh Timi dari Tencent dan Konami. Server ini akan rasminya dikeluarkan di Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Thailand. 

Kalau korang register, haaa boleh dapat diamonds, gold dan macam-macam lagi in-game-items percuma masa pelancaran nanti.

Apa yang bestnya pasal Contra: Return ni?

Selain karakter ikonik dan gameplay yang masih kekal dengan pengalaman 3D side-scrolling, elemen teknologi dan mod permainan yang moden, grafik yang dinaik taraf dan pengalaman bermain yang baru disediakan kepada semua orang.

Ada karakter baru, senjata malah juga haiwan peliharaan serta mekanisme permainan baru ditambah! Elemen RPG juga ditambah dalam permainan ini. Garena juga menjanjikan akan ada patch yang berterusan dengan ciri baru dan levels baru.

Antara mod gameplay yang ditawarkan ialah PvP dalam setting 1v1, 2v2, 3v3 dan ranking. Korang boleh pilih antara lebih 20 pemain dengan kuasa aktif, pasif dan ultimate yang tersendiri. Korang juga boleh mengumpul EXP dan bonus lain dengan membunuh raksasa dan mendapatkan item dalam arena.

Pengurus Produk untuk Operasi Permainan Contra Singapura dan Malaysia, Fern Yeap melahirkan rasa teruja dengan pengumuman ini.

“Kami teruja untuk membawa kembali permainan klasik popular ke Asia Tenggara. Kami berharap francais nostalgia Contra ini dapat dimainkan pemain generasi lama yang ingin mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dan juga kepada gamers lebih muda yang ingin menikmati pengalaman baru. Kami alu-alukan kesemua gamers untuk ‘Challenge a New Classic’ dengan Contra: Return.

“Sebagai penerbit permainan, Garena dah pun menerajui banyak title permainan merentasi Asia Tenggara. Kami berharap dengan permainan (Contra) ini dapat memberikan pengalaman bermain permainan mudah alih yang bermakna untuk semua gamers di Malaysia,”

Contra: Return masih belum dikeluarkan secara rasmi jadi korang boleh pra-daftar dulu untuk mendapatkan rewards yang penulis mention dekat atas tadi. KLIK SINI untuk pra daftar. Nantikan kemunculan Contra: Return!

RELATED NEWS

+