Pra-tempah Spider-Man: Miles Morales untuk terima dua suit istimewa

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales ialah salah satu permainan pelancaran untuk konsol PlayStation 5 (PS5). Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan bahawa ia akan dilancarkan di Malaysia untuk PlayStation 4 (PS4) pada 12 November ini secara fizikal dan digital.

Untuk mereka yang berminat untuk membeli versi digital, permainan tersebut kini boleh dipra-tempah melalui PlayStation Store pada harga RM209. Antara kandungan bonus pra-tempahan adalah dua suit istimewa termasuk T.R.A.C.K. Suit yang direka oleh Javier Garrón, salah seorang artis buku komik Miles Morales: Spider-Man.

Satu lagi suit bonus masih belum didedahkan dan anda juga akan menerima 3 Skill Points tambahan serta gajet Gravity Well. Insomniac Games tidak menjelaskan sama ada kedua-dua suit tersebut boleh diperoleh oleh pemain yang tidak pra-tempah permainan ini.

Jika anda membeli versi digital Marvel’s Spider-Man: Miles Morales untuk PS4, anda akan menerima naik taraf ke versi PS5 secara percuma. Cuma anda perlu ingat jika anda membeli versi fizikal, naik taraf hanya boleh diterima jika anda membeli PS5 yang mempunyai pemacu cakera optik.

Konsol PS5 akan dilancarkan di seluruh dunia pada 19 November tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+