Presiden IeSPA Nafi Mobile Legends Dipertandingkan Di Sukan Asia 2022

Laaa… ingatkan betul-betul jadi acara berpingat!

Berhubung kenyataan Naib Presiden Persatuan Esports Indonesia (IeSPA) yang mengatakan Mobile Legends rasmi dipertandingkan sebagai acara berpingat di Sukan Asia 2022, terdapat bantahan dari presiden persatuan itu sendiri.

Baca lanjut: Naib Presiden IeSPA mengatakan Mobile Legends akan dipertandingkan di Sukan Asia 2022

Presidennya, Eddy Lim menafikan kenyataan itu dan mengatakan Mobile Legends belum tentu akan dipertandingkan kerana semuanya bergantung dengan negara yang menjadi hos temasya sukan itu sendiri. Malah, perbincangan mengenai jenis sukan yang akan dipertandingkan juga belum dimulakan.

“Berita itu tak sahih dan tak benar. Jenis sukan dipertandingkan di sana nanti (Sukan Asia) juga belum pasti. Tahun 2022 masih lama, jangankan esports, sukan yang lain juga belum ditentukan,” kata beliau kepada Bola.com

Eddy mengatakan samada Mobile Legends akan dimasukkan ke Sukan Asia 2022 akan diketahui setahun sebelum temasya sukan di Hangzhou, China itu bermula.

“Biasanya, sukan apa akan dipertandingkan hanya diumum setahun sebelumnya, tak mungkin sekarang. Juga masih belum pasti kalau esports akan jadi acara berpingat atau demonstrasi saja. Siapa tahu ada perubahan last minute. Terlalu awal nak bercakap pasal sekarang (Mobile Legends dipertandingkan di Sukan Asia 2022),”

Walaupun berita ini mengecewakan ramai pihak, Sukan SEA 2019 masih menjadi acara berpingat bagi esports buat pertama kalinya.

Sumber: Bola.com

RELATED NEWS

+