Presiden Ukraine mengucapkan tahniah kepada juara CSGO PGL Stockholm 2021, NAVI

Sehari selepas Natus Vincere (NAVI) memenangi CS:GO Major pertama mereka di Sweden, Presiden Ukraine, Volodymyr Oleksandrovych Zelenskyy tampil ke hadapan untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan melalui akaun media sosial rasminya.

Pasukan e-sukan Ukraine, NAVI, mencipta sejarah dengan menjadi pasukan CS:GO pertama yang memenangi Major tanpa tewas di satu peta pun. Walaupun berdepan pasukan teratas seperti Heroic, Virtus.pro, Ninjas in Pyjamas, Team Vitality, Gambit Esports dan G2 Esports, pasukan itu enggan mengenal erti tewas.

Mereka bukan sahaja berjaya merangkul kejuaraan tetapi juga memenangi hadiah wang bernilai AS$1 juta (RM4.16 juta) dan yang mengejutkan mereka adalah ucapan penghargaan daripada presiden Ukraine itu sendiri yang berkongsi gambar keseluruhan pasukan NAVI yang menjulang trofi Major.

Menurut Google Translate, President Volodymyr berkata, “Selama beberapa dekad, e-atlet kami memenangi beberapa kejohanan, meletakkan Ukraine di mata dunia. Semalam tidak terkecuali. Kelab Ukraine @natusvincere buat pertama kali dalam sejarahnya memenangi kejohanan Major dengan CS: GO. Satu lagi kejayaan yang memberi inspirasi kepada orang ramai!,”

Presiden juga menyebut bahawa kemenangan yang wajar untuk NAVI ini adalah kisah kejayaan yang akan memberi inspirasi kepada ramai orang. Beliau juga berharap pasukan itu ‘mendapatkan sebanyak mungkin kemenangan untuk diri sendiri dan untuk Ukraine!’

RELATED NEWS

+