FIFAe World Cup 2024 kini memperkenalkan eFootball, dimana kesemua pemain konsol dan mudah alih akan mewakili negara mereka.
Pertandingan sudah pun bermula pada semalam di SEF Arena, Arab Saudi.
Bagi kategori konsol pemain akan mewakili negara mereka dalam perlawanan 2 lawan 2 dan berlawan untuk melayakkan diri ke pusingan knockout.
Bagi kategori mudah alih, perlawanan 1 lawan 1 akan dijalankan.

Foto: MYEfootball
Bagi kategori Mobile, pasukan Malaysia kini berada di tempat ke-2 dalam Kumpulan B di bawah Morocco setakat ini.

Foto: MYEfootball
Manakala buat kategori konsol pula, Malaysia berada di tangga ke-7 Kumpulan A di mana Perancis sedang mendominasi.
Pemain yang bermain adalah pemain konsol WPS Hariz,WPS Akeem,JDT_Haikal dan Minbappe (Mobile)
Pusingan Knockout Stage akan bermula pada 11-12 Disember ini.