Prestasi Ferxiic kian merosot? Ini jawapan Luminaire

Ferxiic adalah salah seorang pemain muda berbakat di dalam arena e-sukan Mobile Legends Indonesia. 

Beliau berjaya membuktikan perkara itu selepas membawa pasukannya memenangi MPL musim ketujuh sebelum ini.

Dibawa masuk dari MDL, bocah ajaib ini sudah selesa bermain bersama pasukannya untuk menggantikan wannn yang berehat untuk musim ketujuh sebagai jungler.

Namun begitu, kelincahan Ferxiic dilihat semakin merosot semasa MPL Indonesia musim kelapan ini. Beliau tidak begitu konsisten seperti musim lepas. Adakalanya bermain dengan begitu baik dan adakalanya banyak membuat kesilapan.

Selain itu, Ferxiic kerap membuat penstriman langsung pada malam hari dan fokusnya kepada liga MPL semakin berkurangan. Di dalam video dokumentasi ini, Luminaire mengakui ada perubahan pada diri Ferxiic.

Melihat kepada perubahan itu, Luminaire memberikan sedikit komen “Saya cuma pesan sebelum menyesal, kita masih mempunyai banyak masa untuk mencuba, jangan sampai menyesal apabila keputusan itu memakan diri. Yang penting, dia harus mengubah semuanya dengan hasil usaha dari diri sendiri,” ujarnya.

Adakah Ferxiic akan bangkit kembali untuk meningkatkan mutu permainannya? EVOS Legends hampir gagal untuk mendapatkan slot ke upper bracket playoff musim ini.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+