“Prestasi merudum sebelum ini namun kami kembali bangkit oleh kerana sokongan peminat.” – Xorn

Juara musim kelapan iaitu Team SMG akan bertemu dengan pasukan Homebois pada hari ini.

Team SMG berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama dengan penggunaan Johnson dan Kadita untuk mengawal peta.

Homebois yang perlu bermain secara pasif menyebabkan mereka tidak dapat farm dan Team SMG mengambil kemenangan.

Di perlawanan kedua, pasukan SMG memberikan Natalia kepada Xorn untuk mencari musuh di barisan belakang.

Pasukan Homebois membuat kesilapan pada minit ke-15 menyebabkan mereka kehilangan Luminous Lord.

Xorn yang bijak mencari ahli pasukan Homebois memberikan pasukan Team SMG kemenangan pada minit ke-16.

Di dalam temubual kemenangan sebentar tadi, Xorn ditanya tentang prestasi SMG yang sedikit merudum. Xorn berkata terdapat masalah komunikasi.

“Perkara yang menyebabkan prestasi kami merudum sebelum ini adalah disebabkan ada masalah komunikasi serta strategi yang tidak menjadi.

“Namun di atas sokongan anda semua, kami kembali bangkit seperti sedia kala.” jawab Xorn.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+