Primal Beast Hero Strength Baru Dota 2 – Versi 7.31

Primal Beast merupakan hero Strength baru untuk Dota 2.

Dia mempunyai beberapa skill disable dan mengeluarkan banyak damage physical.

Skill Primal Beast

Dota 2 Primal Beast guide - All abilities, talents and ultimate | GINX  Esports TV

Q – Onslaught

Primal Beast akan menyerang ke hadapan dan menolak musuhnya sambil mengenakan physical damage.

W – Trample

Hero ini akan mengetuk tanah dengan 50 base damage tetapi dengan 40% Attack Damage Multiplier.

Walaupun spell ini boleh dinaikkan damage dengan items tetapi items tidak akan proc atau keluar seperti Mjolnir tidak akan mengeluarkan elektrik semasa menggunakan skill ini.

Anda juga boleh menggunakan skill ini bersama-sama Onslaught.

E- Uproar

Skill ini mempunyai dua komponen iaitu memberi 25 bonus base damage kepada Primal Beast

Apabila diaktifkan, Primal Beast akan mengenakan slow kepada musuh terdekat dan Primal Beast akan mendapat attack damage.

R- Pulverize

Primal Beast akan menangkap satu hero dan mengetuknya ke tanak beberapa kali untuk damage physical yang besar selama 2.3 saat.

Musuh yang berada berdekatan juga akan terkena damage tersebut dan mini stun.

Aghanim Shard

Selalunya Valve tidak akan mengeluarkan Aghanim untuk hero baru tetapi Primal Beast mempunyai skill ini.

Rock Throw

Primal Beast akan membaling satu batu mengenakan damage dan memberi stun selama 1.75 saat.

Primal Beast adalah satu hero baru yang dikeluarkan selepas Marci.

RELATED NEWS

+