Prince of Persia: The Sands of Time akan kembali pada generasi ini dengan versi remake

Ubisoft telah mengejutkan semua orang dengan mengumumkan Prince of Persia: The Sands of Time Remake. Permainan ini akan dilancarkan pada 21 Januari 2021 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Trailer pertama remake permainan klasik PlayStation 2 (PS2) ini dipertunjukkan di acara Ubisoft Forward yang berlangsung pada awal pagi hari ini. Rekaan watak-watak utama seperti The Prince, Farah, dan The Vizier semua telah diubah untuk nampak lebih realistik.

Malangnya, ramai pemain memberi kritikan terhadap trailer ini kerana kualiti grafiknya tidak begitu hebat. Ada beberapa komen tentang video ini yang menyatakan ia nampak seperti permainan PlayStation 3 (PS3) dan Xbox 360.

Penulis berharap Ubisoft akan mengambil masa yang lebih lama untuk menggilapkan permainan ini agar ia menjadi sebuah remake yang hebat kerana sememangnya siri Prince of Persia mempunyai ramai peminat yang telah lama menunggu permainan baharu.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+