Project M – Adakah ini klon VALORANT?

Industri permainan mudah alih kini makin meningkat naik dan kian popular.

Terdapat banyak sebab untuk syarikat luar yang akan mencuba meniru mekanisme atau estetik permainan video lain untuk berjaya.

Baru-baru ini tular satu projek baru klon VALORANT yang digelar Project M.

Dengan VALORANT Mobile pula masih lambat untuk dikeluarkan, NetEase terus mengambil peluang ini dengan versi mereka sendiri.

Lebih mengejutkan lagi Project M ini dibuat oleh NetEase bukan calang-calang syarikat permainan video di China.

Anda boleh lihat video di atas menunjukkan Faith Arrow yang sama dengan Sova dari Valorant.

NetEase Project M Appears To Be A VALORANT Clone

Beberapa unit dari Project M yang sama dengan Valorant.

Apa yang berbeza cuma nama dan rupa.

Malah Twitter akaun rasmi @ValorINTEL yang memberi berita mengenai VALORANT juga membuat tweet mengenai Project M.

“Nampak serupa”

Nama Project M ini pula boleh dikatakan seperti disengajakan kerana ketika Riot memperkenalkan VALORANT ia digelar Project A.

Kes seperti ini tidak asing lagi malah pernah terjadi dengan Overwatch dahulu.

Gerakan dari NetEase ini nyata sedikit agresif dari biasa dan berkemungkinan Riot akan mengambil tindakan nanti.

RELATED NEWS

+