GPUN syarikat yang terbina dari bekas pekerja ShiftUp dan NCSoft bakal memperkenalkan Project Terrarium iaitu permainan video mecha shooter dengan waifu.
Project Terrarium adalah third-person shooter dimana karakter-karakter waifu di dalam dunia pasca kiamat akan menggunakan mecha yang digelar M.A (Motor Aim) yang akan dikawal oleh NAU (Neural Android Unit).

Foto: GPUN
Dalam dunia ini anda akan berlawan dengan aliens yang datang menyerang bumi.
Setiap M.A akan mempunyai tiga mod iaitu vehicle mode, flight mode, dan artillery mode untuk memastikan setiap pemain mempunyai strategi berbeza-beza.

Foto: GPUN
Menurut pengarah Project Terraium Choi Joo-hong, permainan ini akan dilancarkan di PC, peranti mudah alih dan konsol.
Project Terrarium berkemungkinan besar adalah permainan gacha third person dan dijangka akan dilancarkan pada Januari 2027 nanti.