PRX terpaksa akur dengan kekuatan FPX, berpuas hati di tempat kedua

Pasukan VALORANT mewakili rantau Asia Pasifik, Paper Rex terpaksa berpuas hati di tempat kedua VCT Masters Copenhagen selepas tewas di tangan FPX Esports dalam perlawanan sengit Grand Final 3-2 yang dilangsungkan pada jam 11 malam tadi.

FPX menunjukkan perjalanan yang penuh liku apabila memulakan siri playoff dengan terlebih dahulu jatuh ke lower bracket dan terus mencari rentak mereka sehingga bertemu PRX di grand final.

Tahniah diucapkan kepada PRX kerana membawa harapan Asia Tenggara dan Asia Pasifik ke kejohanan MASTERS ini. Mereka menjadi pasukan Asia Tenggara pertama untuk melangkah sejauh ini ke Masters.

Paper Rex dianggotai oleh:

  • Aaron Leonhart – Mindfreak
  • Khalish Rusyaidee – D4v4i
  • Jason Susanto – f0rsaken
  • Benedict Tan – Benkai
  • Wang Jing Jie – Jinggg

Foto: Twitter VCT

RELATED NEWS

+