PS4 Ada 90 Juta Pengguna Aktif, Spider-Man PS4 Catat Jualan Tinggi Dengan 9 Juta Salinan

Sony umum PlayStation 4 telah dijual sebanyak 91.6 juta bersama 876 juta game.

Rekod jualan memberangsangkan ini dikongsikan oleh CEO Sony, Kenichiro Yoshida semasa di CES 2019. Menurut beliau, pencapaian ini dibantu oleh musim perayaan 2018 (semasa 19 November – 31 Disember) yang berjaya catat jualan sebanyak 5.6 juta konsol PS4 dan 50.7 juta game.

Walaupun konsol PS4 berjaya membawa masuk jualan 20.7 juta pada tahun 2017, catatan ini tidak disangka-sangka untuk konsol yang telah berada di pasaran selama 5 tahun. Sebelum ini, presiden Sony Interactive Entertainment, John Kadera berkata mereka sudah memasuki fasa akhir PS4 dan melihat ke “masa hadapan” untuk membangunkan konsol baru (kemungkinan PlayStation 5) menurut Gamespot.

Marvel’s Spider-Man

Barisan game eksklusif PlayStation hebat-hebat belaka turut mendorong peningkatan konsol PS4. Spider-Man PS4 catat rekod jualan 9 juta salinan untuk kedua-dua fizikal dan juga digital lebih tinggi berbanding God of War. Game dibangunkan oleh Insomniac Games berjaya terjual sebanyak 3 juta dalam masa tiga hari selepas pelancaran. 

Semakin ramai orang memiliki konsol PS4, begitu juga dengan angka pemain. Sony memberitahu bahawa PlayStation Network mempunyai 90 juta pengguna “aktif” yang dicatat sehingga ke akhir November 2018.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti PlayStation di seluruh dunia dan rakan kongsi yang sentiasa membantu kami mencapai pencapaian besar ini,” kata John Kodera, presiden Sony Interactive Entertainment.

“Pada tahun ini, kami akan terus membawakan pengalaman gaming lebih menarik dengan senarai game yang hanya boleh dimainkan di PS4. Untuk pencapaian PS4 seterusnya, SIE akan mengembangkan platform untuk memberikan pengalaman hiburan interaktif menarik ke seluruh dunia.”

The Last of Us: Part II

Meskipun Sony tidak hadir pada E3 2019, syarikat gergasi dari Jepun ini masih lagi ada banyak game eksklusif PS4 yang kita nanti-nantikan seperti Death Stranding, The Last of Us: Part II dan Ghosts of Tsushima.

 

RELATED NEWS

+