PSG Esports sertai Arena of Valor di Thailand

Baru-baru ini, Arena of Valor sudah berjaya menganjurkan kejohanan Arena of Valor World Cup (AWC) 2021 dengan 118 juta penonton dan hampir 18 juta waktu tontonan. 

Juga diumumkan, kelab bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) juga akan melebarkan sayap mereka ke bidang e-sukan dengan menyertai kejohanan RoV (AoV di Thailand) Pro League bermula bulan ini juga. 

Mereka yang sudah berada di dalam suasana e-sukan sejak 2016, kini sedang mencari ahli pasukan untuk pasukan AoV mereka yang mengandungi lima pemain utama dari Thailand dan satu simpanan.

Pasukan mereka juga komited untuk utamakan kepelbagaian dan akan menentang segala bentuk diskriminasi dengan akan membentuk sebuah pasukan bercampur jantina pada masa depan. Mereka juga secara aktif menggalakkan komuniti tempatan, anjurkan pertandingan Arena of Valor dengan menggalakkan penyertaan pemain wanita. 

Musim panas ini, RoV Pro League musim ke-8 akan bermula dengan PSG akan menentang Valencia FC dan Buriram United, sebuah kelab bola sepak tempatan. 

RELATED NEWS

+