PSG.LGD Kehilangan Jurulatih Mereka, Yao “QQQ” Yi

Pasukan profesional Dota 2 dari China, PSG.LGD kehilangan jurulatih mereka apabila Yao “QQQ” Yi meninggalkan pasukan itu walaupun skuad China ini cuba untuk mengekalkan beliau dalam skuad.

Sedikit mengenai latar belakangnya, QQQ menyertai LGD Gaming pada Januari 2017 dan membantu pasukan itu mempamerkan prestasi luar biasa sepanjang dua tahun. Sejak itu, pencapaian LGD paling tertinggi ialah mendapat naib juara di The International 8 dan ketiga di TI9 minggu lepas di Shanghai, China. Mungkin ada salah faham kerana tidak dapat menjulang Aegis walau menjalani kem latihan dengan peraturan ketat menyebabkan QQQ meninggalkan arena kompetitif ini.

Nampaknya PSG.LGD mungkin akan mengambil Yao “Yao” Zhengzheng sebagai jurulatih baru kerana beliau banyak membantu pasukan itu dari tahun 2012 ke 2018. Dalam pengumuman sama, skuad China ini tidak akan bertanding di Major seterusnya untuk Dota Pro Circuit kerana kapten, Xu “fy” Linsen mengambil rehat tiga bulan untuk menjalani pembedahan mata.

Sekarang, lineup PSG.LGD masih kekal seperti di The International 9. Mereka adalah Wang “Ame” Chunyu, Lu “Maybe” Yao, Yang “Chalice”‘ Shenyi, Xu “fy” Linsen dan pemain Malaysia, Jian Wei “xNova” Yap.

Sumber rujukan: VPEsports

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+