PUBG Adalah Game Paling Laris Di PlayStation Store Untuk Bulan Disember 2018

Dengan adanya Fortnite yang ‘merampas’ populariti kebanyakan permainan, ramai terfikir kalau PUBG akan mengambil balik spotlight ini di mana-mana platform. Menariknya, ia berjaya dan bukannya di PC tapi PS4!

Lanjutan daripada pelancarannya di PS4 bulan lalu, PUBG meraih tempat pertama bagi jumlah download untuk PlayStation 4 pada bulan Disember, menurut laporan dari PlayStation Blog. Ia juga berjaya menewaskan rekod sebelum ini, Call of Duty: Black Ops 4 yang kini di tempat kedua.

Ini adalah senarai penuh permainan video yang berada di kedudukan 10 terbaik:

  1. PlayerUnknown’s Battlegrounds
  2. Call of Duty: Black Ops 4
  3. Grand Theft Auto V
  4. Red Dead Redemption 2
  5. Battlefield V
  6. FIFA 19
  7. Mortal Kombat XL
  8. Marvel’s Spider-Man
  9. NBA 2K19
  10. Madden NFL 19

Mortal Kombat XL di situ adalah sedikit kejutan tapi seperti yang kita tahu, siri ebelum ini banyak membuatkan peminat kembali dan pemain baru yang mencuba permainan itu.

Di PlayStation VR pula, Beat Saber mendominasi di tempat pertama dan Job Simulator di tempat kedua. Bagaimanapun, Borderlands 2 VR hanya berpuas hati di tempat ketujuh saja.

Bagi kandungan free-to-play, Fortnite Battle Royale masih besar dan menduduki tempat pertama. Warface pula di tempat kedua dan H1Z1 Battle Royale di tempat ketiga.

God of War Collection pula paling popular untuk PS Vita.

Untuk Januari pula, ada beberapa pesaing contohnya Ace Combat 7, Resident Evil 2 dan Onimusha Warlords.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+