Nampaknya PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) mungkin akan tiba ke PlayStation 4 selepas setahun menerima exclusivity di Xbox One.
Seorang pengguna di PSNProfiles forum mengenal pasti informasi mengenai PUBG di server Sony, termasuklah kod ID untuk versi Amerika Utara dan Eropah — dan juga gambar.
Ia juga mungkin akan diumumkan pada Disember. Jika exclusivity di Microsoft dah pun dibuat dalam setahun, memang masuk akal sebab pertama kali PUBG diumumkan di Xbox One Preview program pada Disember 2017.
Pengumumkan ini kurang dari dua bulan selepas versi PS4 PUBG dikenal pasti di laman web Korean rating board yang mengatakan pengumuman sedang berjalan.
Sekarang, PUBG Corporation dan Bluehole belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang PUBG di platform lain selain PC dan Xbox One tapi Bluehole dikatakan dalam perbincangan dengan Sony untuk versi PS4 pada awal Oktober lepas.
Sumber: IGN