PUBG Akan Memperkenalkan War Mode – Sesuai Untuk Pemain Baru Yang Tak Biasa Main FPS

Bosan dah dengan mod yang ada sekarang? Korang boleh main mod lain pulak lepasni dalam PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG)! Blue Hole mengumumkan mereka sedang bereksperimen dengan War Mode yang akan berfungsi seperti deathmatches, tak seperti sekarang yang mana ada seorang saja survive.

Korang akan dapat submachine gun (SMG) pada awal permainan dan kalau mati, ahli pasukan akan tetap respawning sampailah salah seorang dapat kumpul 80 mata dengan kombinasi jumlah kills, knockdowns dan revives. Ini adalah breakdown:

Ranking akan ditentukan mengikut skor ini:
DBNO: + 1 markah
Revive: + 1 markah
Team Kill or Team DBNO: -5 markah
Kill: + 3 markah

Korang boleh check semua changelog dekat SINI.

Mod ini lebih mesra pemain terutamanya mereka yang masih amatur dan tak tahu bagaimana untuk main FPS dengan betul. Buat setakat ini, War Mode hanya boleh dimainkan di custom server (yang hanya boleh diakses oleh PUBG Partners di PC) dan ia akan dibuka kepada semua menerusi acara yang diadakan secara berperingkat.

Sumber: Engadget

RELATED NEWS

+