PUBG: Battlegrounds X Blackpink diumumkan sebagai kolaborasi terbaru mereka

PUBG: Battlegrounds baru-baru ini sudah mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan kumpulan K-pop yang sangat popular iaitu Blackpink dalam event yang akan bermula bulan ini.

Kolaborasi PUBG x Blackpink dikongsi di Twitter dengan video pengumuman pendek  dan lagu ikonik kumpulan itu “How You Like That” dijadikan sebagai muzik latar. Terdapat elemen-elemen akan ditambahkan ke dalam permainan sebagai sebahagian dari kolaborasi itu termasuk barang yang dapat dibeli, kosmetik peta dan misi di dalam permainan.

Mulai hari ini, pelbagai barangan kosmetik Blackpink akan tersedia untuk dibeli dalam permainan sehingga akhir 2021. Secara keseluruhan akan ada 35 kosmetik berbeza dengan setiap ahli kumpulan K-pop – Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose mempunyai bundle mereka sendiri. Kandungan di dalam bundle adalah gaya rambut, papan nama, topi keledar, pakaian, senjata dan banyak lagi.

Acara kolaborasi bersama Blackpink ini akan berlangsung antara 18 Ogos dan 7 September, ditambah misi acara dalam permainan yang boleh disertai pemain untuk memperoleh mata yang dapat digunakan untuk memperoleh barang Blackpink eksklusif. Antaranya ialah pemain akan berpeluang untuk menggunakan topi keledar level 3 dalam permainan mereka sendiri serta kupon contraband.

Untuk meraikan apa jua berkaitan Blackpink sepanjang kolaborasi ini dijalankan, PUBG mengeluarkan pelbagai elemen bertema di banyak peta permainan. Ia akan berlangsung antara 8 Ogos dan 7 September untuk PC, 12 Ogos dan 15 September untuk konsol. Di antara elemen itu, pemain akan dijangkakan untuk dapat melihat pelekat bertema Blackpink di dinding bangunan, ekor pesawat dan peti bekalan bertema.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+