PUBG: Caprice Akan Mendaftar Syarikat E-Sukan Pertamanya Hari Ini

Sebelum ini, kami melaporkan penyanyi rap tanah air, Ariz Ramli atau Caprice berniat menubuhkan pasukan PUBG sendiri selain membayar gaji streamer yang bernaung di bawah pasukannya.

Hari ini, Caprice mengumumkan di laman sosial Instagram miliknya yang beliau dalam proses untuk mendaftarkan syarikat baru dalam bidang e-sukan. 

Caprice juga menulis di kapsyen bertanyakan pengikutnya logo mana yang paling cantik dan sesuai untuk syarikat akan ditubuhkan itu.

“Esok (hari ini) saya akan daftar syarikat baru dalam bidang e-sukan.

“Tolong pilih logo mana yang korang rasa paling menarik,” tulisnya. 

Beliau juga menulis di akhir kapsyen mengatakan uji bakat untuk skuad PUBG itu akan bermula pada bulan depan (Ogos).

Menggunakan nama XDE HAL BRO ESPORTS, Caprice berniat untuk terjun ke dalam industri e-sukan pula selepas mencipta kejayaan sendiri dalam industri hiburan.

Artikel berkaitan: Caprice labur dalam e-sukan

Sumber: Instagram

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+