PUBG Challenger Rumble: Pertarungan pasukan PUBG di serata Asia Tenggara

Khas untuk peminat PUBG PC, Kejohanan PUBG Continental Series 4 (PCS4 APAC) kini kembali dan nyata ia mengujakan bagi pasukan-pasukan profesional tempatan dan Asia Pasifik.

Sebanyak 5 pasukan Thai, 5 Vietnam, 2 pasukan Oceania dan empat pasukan teratas dari PUBG Challenger Rumble (Indonesia, Filipina, Singapura dan Malaysia) akan berlawan merebut slot ke PCS 4 APAC.

Di peringkat PUBG Challenger Rumble, pasukan dari empat negara yang disebutkan tadi akan melalui pusingan kelayakan tempatan yang mana pasukan teratas dari setiap kelayakan akan berjumpa di peringkat Asia Pasifik.

Tahun ini, PUBG Challenger Rumble yang dianjurkan oleh Geek Events akan menjemput enam pasukan iaitu Victim Rise, From The Future dan Eagle 365 Esports dari Indonesia dan ArkAngel Predator, Bahamut Gaming dan Sedna Esports dari Filipina. 

Pasukan ini dijemput kerana prestasi memberangsangkan di 2020 kelayakan tempatan PUBG Continental Series. Enam pasukan ini akan bermain di acara utama PUBG Challenger Rumble dan disertai lima pasukan dari kelayakan Indonesia, tiga pasukan dari kelayakan Filipina dan dua pasukan dari kelayakan Malaysia dan Singapura.

Pendaftaran untuk PUBG CHallenger Rumble akan bermula pada 31 Mac hingga 13 April ini. Daftar di LINK INI.

Nantikan penstriman langsung di page Facebook berikut:

English Streams:
facebook/PUBG.SEA.Official
facebook.com/PUBG.PH.Official
facebook/Geek_Events
youtube/Geek_Events_Malaysia

Bahasa Indonesia Streams:
facebook/PUBG_ID_OFFICIAL
youtube.com/c/GeekFamIndonesia

RELATED NEWS

+