PUBG Corp Ban Beberapa Pemain Profesional Untuk Tiga Tahun Kerana Didapati Menipu

Yang menipu pastinya akan ‘kantoi’ juga suatu hari nanti dan dikenakan hukuman sama ada ban ataupun macam-macam lagi.

Itu yang boleh dijadikan pengajaran untuk pemain PUBG kerana sekarang mereka boleh dikenakan ban yang bertahun-tahun lamanya kalau menggunakan cheat. Laporan dari Game Informer mengatakan, mereka mula ban akaun yang guna radar hacks, membolehkan penipu untuk mengetahui lokasi pemain lain bagi mendapatkan Chicken Dinner dengan cara tak betul.

Sebaik saja mereka guna cheat ini, mereka terus kena ban untuk bertahun lamanya.

“Enam pemain yang menggunakan program tak diiktiraf dalam perlawanan profesional akan dikenakan ban selama tiga tahun. Empat lagi pemain yang guna taktik sama dalam perlawanan umum akan dikenakan ban selama dua tahun,” kata PUBG Corp.

Mereka juga akan membuat siasatan latar belakang untuk semua akaun yang ingin mengambil bahagian dalam kejohanan e-sukan. Sesiapa yang didapati menipu akan dihalang dari bertanding.

PUBG Corp juga menegaskan sesiapa yang belum menerima penalti tapi mempunyai rekod penggunaan program tak diiktiraf dalam akaun akan dihalang dari menyertai kejohanan rasmi PUBG pada masa depan.

Jadi korang, kalau taknak usaha penat lelah korang main akaun tu dan tiba-tiba kena ban sebab cheating, better main cara clean lah ye? Main nak chill-chill bukan menipu!

Sumber: Comicbook

 

RELATED NEWS

+