PUBG Di PC Bakal Jadi Percuma Dengan Spesifikasi Permainan Lebih Rendah

Game PC dengan spesifikasi rendah sesuai untuk laptop dan PC kentang main dan percuma boleh menarik lebih ramai perhatian pemain.

PUBG Corporation dan Bluehole sedang mengusahakan PlayerUnknown’s Battlegrounds ‘Lite’ iaitu menampilkan spesifikasi PC rendah berbanding game sekarang. Dua studio ini telah membangunkan versi ini sejak dari Oktober dan dikeluarkan dalam satu uji beta. Lebih menarik lagi, versi ini dikeluarkan secara percuma manakala versi asal masih lagi berharga RM74.99 di Steam.

Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan untuk main PUBG Lite:

Namun, beta ini menawarkan kandungan game terhad berbanding game standard. Buat masa sekarang, korang hanya boleh bermain dalam satu peta, Erangel secara berseorangan, berpasangan dan berkumpulan.

Setakat ini, versi Lite hanya tersedia di Thailand tetapi pembangun berkata mereka sentiasa meningkatkan mutu permainan dan merancang untuk memperkembangkan versi ini di kawasan lain.

Tarikh pelancaran rasmi PUBG Lite dan pembukaan beta di negara lain masih lagi belum diumumkan.

Ikuti MyGameOn di Facebook dan YouTube untuk berita gaming dan esports.

RELATED NEWS

+