PUBG: Gaventure Dengan 21 Mata Pada Hari Pertama, Di Tempat Kesepuluh

Wakil Malaysia, Gaventure sekarang berada di kedudukan ke-10 selesai hari pertama kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), Legion of Champions IV yang berlangsung di Bangkok, Thailand bermula hari ini hingga Ahad.

Mereka terdiri daripada Erlangga Ahmad Gani, Aidil Adha Azizul Rozany, Hannan Hamzah Abdullah dan Churchill Ensir Anak Tampler Salang.

Gaventure mengumpulkan 21 mata dalam lima perlawanan berlangsung hari ini. Pada esok dan Ahad, sebanyak 10 peta lagi akan dimainkan, menjadikan keseluruhan perlawanan sebanyak 15 peta.

Pada kedudukan lima teratas hari ini, Venus Gaming dari Vietnam di tempat pertama dengan satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD), membolot 53 mata dengan 31 mata bunuh.

Di kedudukan kedua hingga keempat, masing-masing mendapatkan satu WWCD dengan perbezaan mata kurang daripada sepuluh.

Ayson Titans dari Singapura, Aerowolf (Indonesia) dan HPG dari Korea Selatan masing-masing menunjukkan taring mereka pada hari pertama.

Legion of Champions IV mengumpulkan 12 pasukan terbaik PUBG di rantau Asia Tenggara, Asia dan Oceania berentap hadiah terkumpul AS$16,200.

RELATED NEWS

+