PUBG: Ini Adalah Senarai Pasukan Ke Peringkat Nasional Asia Pacific Predator League 2020

16 pasukan PlayerUnknown’s Battlgrounds (PUBG) akan bertanding di peringkat nasional bagi kejohanan Predator League Asia Pasifik 2020 yang akan berlangsung di Battle Arena, Kuala Lumpur pada esok dan Ahad.

Ini adalah pasukan-pasukan berikut:

Dari pusingan kelayakan 3 dan 4 yang diadakan tak lama dulu, pasukan-pasukan ini ialah:

  1. Bo55 Gold
  2. One Lucky Tap
  3. Vengeance Dark
  4. The Face Gaming V1
  5. The Face Gaming V2
  6. Redsea Esport
  7. BOSS Esports
  8. Legendary Gaming

Dari pusingan kelayakan 1 dan 2 pula, ini adalah pasukan-pasukan yang layak:

  1. Battle Arena Elites (B.A.E)
  2. CXON
  3. FrostFire
  4. Esports Ready
  5. Flash Vision Esports
  6. Gaventure
  7. Geek Fam
  8. Y-Suki

Hanya juara saja yang akan layak ke Predator League 2020 Finals di Manila, Filipina dijangka bermula pada Februari tahun depan. Selain menerima slot ke Final, pemenang juga akan mendapat hadiah wang tunai RM10,000 daripada RM21,400 yang dipertandingkan.

Jom beri sokongan padu kepada mereka yang akan bertarung esok!

(Foto: Acer Predator)

RELATED NEWS

+