PUBG: “Kami Tak Takut Pada Sesiapa, Hanya Fokus Pada Permainan,” – Sean ‘BadMaN’ Tan

Fokus dan tidak takut pada mana-mana pasukan yang memberikan persaingan sengit. Itu menjadi kunci kejayaan skuad PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), Battle Arena Elites yang diketuai oleh Sean ‘BadMaN’ Tan.

Minggu lalu, mereka mencipta fenomena tersendiri apabila menjuarai pusingan kelayakan kebangsaan bagi kejohanan AOC Battle of the Visionaries peringkat Asia Pasifik diadakan di Battle Arena selama dua hari.

Mereka turut membawa pulang wang kemenangan RM10,000, perkakasan gaming dan hadiah utama iaitu tiket ke Grand Final di Chengdu, China. Roster penuh BAE: 

In game leader – Neferhor
Fragger- BadMaN / Lokies
Support – savior

Mereka memperoleh keseluruhan 146 mata dan 87 jumlah pembunuhan serta 4 Winner Winner Chicken Dinner (WWCD). Di belakang mereka adalah skuad MinumKopiJap dengan 102 mata dan Geek Fam dan Gaventure (101 mata).

“Bagi persiapan untuk kejohanan ini, kami cuba perbetulkan kesilapan dibuat sebelum ini.

“Pemain baru, savior juga perlu membiasakan diri dan kami cuba yang terbaik untuk bagi dia rasa selesa dengan gaya permainan kami,” kata Sean ketika dihubungi MyGameOn menerusi aplikasi Messenger.

Sean menambah, dia teruja dengan prestasi pasukannya dan tidak sabar untuk membuktikan #MalaysiaBoleh di pentas dunia, iaitu di China untuk Grand Final tak lama lagi.

“Kami semua pernah bermain di peringkat antarabangsa jadi kami lebih yakin dan tidak sabar untuk bertanding di Grand Final nanti,” katanya.

Ketika ditanya kenapa dia begitu meminati PUBG, Sean berkata, minat mengatasi segalanya.

“Semuanya kerana minat dan keinginan untuk menang. Itu yang menjadi motivasi kami semua,” katanya.

Gambar featured image: Sean Tan

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+