PUBG Mencapai 3 Juta Pemain Yang Online Serentak Di Steam – Satu Rekod Baru!

Ramai betul yang main Playerunknown’s Battlegrounds kan, sampai kan ia menjadi PC game paling popular tahun 2017 dan mengalahkan rekodnya sendiri untuk jumlah pemain yang sedang online serentak.

Pada 30 Disember lalu, ia mencapai 3 juta pemain yang online pada satu-satu masa, melepasi rekod Dota 2 yang pernah mencapai hanya seramai 1.29 juta pemain yang online serentak. Bulan September lalu, PUBG berjaya mengumpul 1 juta pemain.

PUBG juga telah meninggalkan versi Early Access dan kini hadir dengan versi 1.0 yang memperbetulkan beberapa isu teknikal berkaitan lag dan pengenalan kepada Killcam dan 3D Replay.

 

RELATED NEWS

+