PUBG Mobile: AROV Kembali Dengan AmyPRO Dan Lunar Untuk Selangor Cyber Games, Smokey Dan Fazu Direhatkan

Pasukan kompetitif PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih, AROV mengumumkan kembalinya pemain asal yang sepatutnya ke PMCO Fall Split iaitu AmyPRO dan Lunar untuk mewakili mereka ke kejohanan Permainan Siber Selangor (SCG) 2019.

Dua pemain ini akan menyertai barisan skuad AROV iaitu kapten, Boyka dan Jenny serta Putra. Sementara itu, Fazu dan Smokey pula akan direhatkan atas urusan lain.

“Saya amat berpuas hati dengah pencapaian mereka semasa PMCO Fall Split SEA League kerana dengan jarak waktu yang singkat dan pelbagai isu yang timbul, mereka telah mendapatkan keputusan yang memberangsangkan dengan Putra dan Smokey hadir pada 2 minggu terakhir sebelum persiapan PMCO pada 17 September lalu.

“Saya agak yakin dengan line up PMCO + PMNC 2019 mampu membuahkan hasil untuk kali ini. Terima kasih tak terhingga kepada Bapak Ah Esports dan MasterRamen kerana  memberi pertolongan kepada kami dengan membenarkan Erynn menggantikan Smokey,” kata Pengurus AROV, Danial Rusli dalam satu catatan di Facebook page rasmi mereka.

Sementara itu, latihan akan dimulakan pada minggu ini bermula hari Khamis bagi persiapan menghadapi SCG 2019.

AROV antara satu daripada lima pasukan yang menerima jemputan terus ke kejohanan ini.

—–

Kejohanan tahunan Selangor Cyber Games 2019 akan bertempat di CENTRAL i-CITY, Shah Alam pada 26 dan 27 Oktober ini.

Permainan mudah alih PUBG Mobile dipertandingkan bersama Dota 2, FIFA 20 dan Tekken 7 dengan hadiah wang tunai terkumpul RM215,000! Namun, kali ini permainan kegemaran ramai, Mobile Legends tidak disertakan.

Ini adalah pecahan prizepool mengikut permainan e-sukan yang dipertandingkan:

Dota 2 – RM30,000 (128 pasukan bermain online dan 8 pasukan layak ke peringkat akhir selepas tamat kelayakan)

PUBG Mobile – RM100,000 (512 pasukan bermain online dan 6 pasukan jemputan + 10 pasukan yang ditapis daripada kelayakan akan bertembung di peringkat akhir)

FIFA 20 – RM55,000 (512 pemain)

Tekken 7 – RM30,000 (128 pemain)

Ini adalah kali keenam kejohanan seumpama ini diadakan bersama Majlis Sukan Negeri Selangor, Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez.

Acara ini juga mendapat sokongan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Persatuan Esports Selangor (ESS) dan Tencent.

Foto: AROV / Facebook

RELATED NEWS

+