PUBG Mobile: Bard, Trixnity dan Six keluar Team SMG

Team SMG adalah salah satu pasukan profesional PUBG Mobile yang bergiat aktif di dalam arena kompetitif.

Mereka kini mengumumkan bahawa Six, Bard dan kapten pasukan iaitu Trixnity tidak lagi bersama Team SMG. Perkara ini diumumkan di dalam Instagram rasmi mereka.

Skuad ini mula diambil pada August 2020 di mana mereka berjaya memenangi Youtube x IGN Squad Up dan kemudian PUBG Mobile XOX Unity League 2021.

Ketiga-tiga pemain ini berjaya mendapat tempat ketiga di dalam peringkat akhir PMPL MY/SG musim kedua dan tempat keempat PMPL MY/SG musim keempat.

Kemanakah hala tuju Six, Bard dan juga Trixnity selepas ini? Kita bakal saksikan. 

RELATED NEWS

+