PUBG Mobile berkolaborasi dengan anime Jujutsu Kaisen

PUBG Mobile terkenal dengan kolaborasi-kolaborasi dengan jenama-jenama yang hebat. Permainan itu pernah berkolaborasi dengan jenama seperti Tesla, Liverpool FC, Spider-Man: No Way Home, Arcane dan Koenigsegg. 

Kini, permainan itu mengacah kolaborasi seterusnya dengan anime terkenal Jujutsu Kaisen.

Kolaborasi ini kebarangkalian besar akan memperkenalkan mod baharu yang melibatkan ‘Curses‘ seperti dilihat di dalam anime itu. Hal ini demikian kerana terdapat tirisan dalam kategori Achievements seperti dilihat di bawah.

Setakat ini, Krafton belum mendedahkan tarikh pelancaran untuk kolaborasi ini, tetapi ia dianggarkan akan dilancarkan pada 15 Februari, iaitu dalam seminggu lagi.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+