PUBG Mobile Campus Championship 2022 (PMCC) kini kembali, peluang terakhir ke PMNC 2022!

Kejohananan PUBG Mobile peringkat kampus (PMCC) 2022 kini kembali yang akan menampilkan pasukan terbaik dari pusat pengajian seluruh negara.

16 pasukan terbaik akan bersaing di Grand Final dalam merebut hadiah wang terkumpul RM40,000 dan slot ke Kejohanan Kebangsaan (PMNC) yang juga menjadi kelayakan ke Liga Profesional (PMPL) 2023.

Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas. Struktur baharu PMCC Malaysia 2022 membolehkan pelajar dari pusat pengajian yang berlainan untuk membentuk pasukan bersama dan juga membenarkan penyertaan kedua-dua kejohanan PUBG MOBILE Campus Leader (PMCL) 2022 dan PMCC Malaysia 2022 untuk mendapatkan slot di PMCC Malaysia 2022 Grand Finals.

Untuk makluman, PUBG MOBILE Campus Leader (PMCL) adalah inisiatif terbaru PUBG MOBILE untuk merapatkan komuniti mahasiswa/mahasiswi di seluruh negara. Pemain PUBG MOBILE yang menyertai program ini akan mempelajari selok belok pengurusan sukan elektronik atau e-sukan secara profesional serta berpeluang untuk menjalankan latihan industri bersama Tencent Malaysia.

Kedua-dua kejohanan PUBG MOBILE Campus Leader (PMCL) 2022 dan PMCC Malaysia 2022 akan dimainkan dalam Solo Mode dan Squad Mode melalui Kelayakan Terbuka (Open Qualifiers) manakala Solo Mode akan membentuk satu pasukan daripada enam pemain teratas untuk mara ke peringkat Grand Finals.

Sebanyak 16 pasukan akan mara ke PMCC Malaysia 2022 Grand Finals, dan pecahannya adalah seperti berikut

  • Pusingan Kelayakan Squad Mode PMCC Malaysia 2022 : 10 pasukan
  • Pusingan Kelayakan Solo Mode PMCC Malaysia 2022: 2 pasukan
  • Pusingan Kelayakan Squad Mode PMCC CL  2022: 3 pasukan
  • Pusingan Kelayakan Solo Mode PMCC CL 2022 : 1 pasukan

Tarikh pendaftaran bagi PUBG MOBILE Campus Leader (PMCL) 2022 adalah dari 21 September hingga 2 Oktober 2022 dan kejohanan PMCL Qualifier akan berlangsung dari 3 hingga 9 Oktober 2022. Kepada pelajar yang berminat boleh daftar di pautan ini. 

Tarikh pendaftaran bagi PUBG MOBILE Campus Championship (PMCC) 2022 akan dibuka dari 3 hingga 16 Oktober 2022 dan Pusingan Kelayakan Kejohanan (PMCC Qualifiers) akan berlangsung dari 17 hingga 23 Oktober 2022.

PUBG MOBILE Campus Leader (PMCL) dan PUBG MOBILE Campus Championship (PMCC) adalah peluang terakhir buat peminat PUBG Mobile yang berhasrat untuk menjadi pemain profesional, dan menjadi sebahagian daripada PMPL 2023 yang akan datang. Jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang ini dan kita akan berjumpa di PMCC Malaysia 2022 pada 29 dan 30 Oktober 2022!

Nantikan siaran langsung di FB dan Youtube rasmi PUBG Mobile Malaysia dan FB PUBG Mobile Esports Malaysia.

RELATED NEWS

+