PUBG MOBILE dicalonkan sebagai Esports Game dan Esports Mobile Game of the Year

PUBG MOBILE kini tercalon di dalam dua kategori bagi sebuah anugerah berprestij khas untuk permainan esukan, The Esports Awards 2021, iaitu “Esports Game of the Year” dan “Esports Mobile of the Year”.

Pencalonan PUBG MOBILE di dalam kedua kategori ini adalah berikutan kejayaan permainan ini dalam membentuk ekosistem e-sukan dengan program e-sukan yang penuh strategik sama ada untuk kategori amateur hingga profesional.

Selain itu, PUBG MOBILE juga berjaya dalam membawa perubahan di dalam dunia permainan mudah alih melalui pelbagai inovasi, kandungan dalam permainan yang menarik dan kolaborasi tanpa batasan. 

Undian masih lagi dibuka untuk para peminat PUBG MOBILE dan peminat esukan yang ingin mengundi, sebelum ditutup pada awal November nanti. Perlu diingatkan undian hanya boleh dilakukan sekali sehari sahaja. Bagi yang ingin mengundi sila layari SINI

Selain pencalonan ini, PUBG MOBILE dan DJ Alan Walker sekali lagi berkolaborasi dengan pelancaran sebuah lagi lagu baru, yang berjudul “Paradise”. 

Melalui kolaborasi ini, Bermula 23 September hingga 21 Oktober, DJ Walkzz menjemput para pemain untuk mendarat di Paradise untuk mendapatkan tiket muzik khas Alan Walker untuk ditebus dengan barangan kolaborasi eksklusif dan set eksklusif Alan Walker.

Di samping pencalonan dan pelancaran muzik baru, PUBG MOBILE juga mendatangkan mod baru melalui kemaskini versi 1.6 iaitu mod “VS AI”. Melalui mod ini pemain akan bermain menentang bot yang peringkat kepayahan boleh diubah.

Mod ini sesuai untuk mereka baru mula bermain dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, di mana mod ini hanya dimainkan di Livik dengan dua peringkat kepayahan iaitu “Mudah” dan “Normal”.

RELATED NEWS

+