Kemas kini terbaharu PUBG Mobile versi 1.6 akan memperkenalkan mod baharu di mana pemain akan berlawan menentang Yarilo iaitu sebuah kaum makhluk asing yang menyerang bumi."> Kemas kini terbaharu PUBG Mobile versi 1.6 akan memperkenalkan mod baharu di mana pemain akan berlawan menentang Yarilo iaitu sebuah kaum makhluk asing yang menyerang bumi." /> Kemas kini terbaharu PUBG Mobile versi 1.6 akan memperkenalkan mod baharu di mana pemain akan berlawan menentang Yarilo iaitu sebuah kaum makhluk asing yang menyerang bumi." />

PUBG Mobile diserang makhluk asing dalam kemas kini versi 1.6

Kemas kini terbaharu PUBG Mobile versi 1.6 akan memperkenalkan mod baharu di mana pemain akan berlawan menentang Yarilo iaitu sebuah kaum makhluk asing yang menyerang bumi.

Dalam laman Facebook rasmi PUBG Mobile, ia dinyatakan bahawa ‘meteorit berbahaya’ menuju Erangel dalam kemas kini versi 1.6. 

Manakala, sebuah ciapan dari Twitter rasmi PUBG Mobile pula mengacah mod baru yang membenarkan pemain bertahan hidup menentang makhluk asing yang dikenali sebagai Yarilo. Acara ini mungkin juga akan mengubah susun atur peta Erangel.

Selain itu, kemas kini terbaharu PUBG Mobile 1.6 yang akan datang akan mengembalikan peta bersalji Vikendi bersama mod permainan baru seperti Infection, Survive Till Dawn, dan Metro Royale: Reuninon. 

Tencent juga mengumumkan beberapa penambahbaikkan yang akan diimplementasikan dalam permainan versi 1.6.

  • Menekan butang Royale Pass M2 Upgrade Card di inventori akan memaparkan maklumat musim yang salah, tetapi berfungsi seperti biasa di Royale Pass.
  • Menekan butang pukulan kadang-kadang tidak bertindak balas.
  • Tetapan Light Machine Gun tidak ada di Miramar dan Sanhok.
  • Highlight – Ciri baru yang boleh diaktifkan dari skrin tetapan. Ciri ini membenarkan pemain menonton detik-detik tertentu sewaktu penghujung pusingan Classic Mode.
  • Efek bunyi baharu apabila mengenakan ‘headshot’

PUBG Mobile 1.6 dijangka dilancarkan pada anda 9 September ke 11 September. Selepas pelepasan kemas kini 1.6, musim Royale Pass baru dijangka bermula dari 16 September.

RELATED NEWS

+