PUBG Mobile diserangi makhluk, selamatkannya bersama ahli Jujutsu Kaisen

Tidak lama lalu kita dikongsikan berita bahawa PUBG Mobile akan berkolaborasi dengan siri anime shonen Jujutsu Kaisen. Kini, Krafton sudah melangkaui jangkaan dan mengumumkan kolaborasi tergempar itu.

Kemaskini Jujutsu Kaisen ini sudah dilancarkan dan anda boleh mulakan perjalanan anda sebagai pembasmi Curses hari ini.

Kemaskini termasuk pelbagai kandungan dalam permainan, termasuk kostum berdasarkan beberapa watak utama siri, serta kotak, musuh bertema dan item lain. Beberapa set cosplay watak yang boleh diperoleh pemain termasuk Yuji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki dan Satoru Gojo.

Selain daripada set kostum watak, pemain juga boleh menyelesaikan cabaran dalam permainan untuk memperoleh lebih banyak item.

Kemaskini ini juga menawarkan mod tema khas baharu, di mana pemain boleh mencari dan mengumpul Cursed Objects yang mengandungi Jejari Sukuna. Jika anda mengumpul kesemuanya, anda boleh memperoleh pencapaian istimewa dan ganjaran lain.

Untuk memasuki mod bertema baharu ini, anda perlu memilih mod tema Ranked untuk Erangel atau Livik. Kotak Cursed Objects akan tersebar di setiap peta. Tetapi kotak-kotak ini tidak mudah dicari, jadi pemain perlu mencari dengan teliti.

Selain itu, mod bertema baharu boleh menghasilkan Cursed Corpse Grenade, yang boleh digunakan pemain untuk menyeru Cursed Corpse Boss. Menewaskan bos ini akan memberi ganjaran kepada pemain dengan senjata serta buff yang kuat.

Dengan acara bermula hari ini, anda hanya mempunyai masa kurang sebulan untuk menyelesaikan segala cabaran berkaitan dengannya memandangkan acara itu akan berlangsung pada hari ini sehingga 15 Mac.

RELATED NEWS

+