PUBG Mobile: EVOS Esports ambil Auro dan Redface

Selesai sahaja menandatangani juara dunia “Microboy” tempoh hari, kini pasukan EVOS Esports melengkapkan barisan pemain mereka dengan kemasukan Auro dan juga Redface.

Redface mempunyai pengalaman kejohanan e-sukan yang luas, termasuk menjuarai pertandingan Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile Indonesia 2020.

Auro sebelum ini pernah menjadi juara sewaktu bersama pasukan EVOS Esports di PUBG Mobile Indonesia National Championship 2019. Beliau juga banyak mengambil bahagian dalam e-sukan antarabangsa dan pertandingan kebangsaan.

Menurut kenyataan Hartman Harris, Co-founder dan Chief Business Officer EVOS Esports “Kami sangat yakin dengan penambahan Redface dan Auro serta Microboy dalam barisan EVOS Esports PUBG Mobile di mana penjenamaan semula kepada EVOS REBORN, ia akan membuatkan kami menjadi satu pasukan yang kuat. Kami telah menetapkan arah tuju pasukan untuk menjamin kejayaan di tahun 2021,”

RELATED NEWS

+