PUBG Mobile: Ini senarai kesemua pasukan layak ke kejohanan dunia, PMGC – prizepool RM8.2 juta

PUBG Mobile Global Championship adalah acara terakhir bagi musim PUBG Mobile 2020. 24 pasukan terbaik dari seluruh dunia telah dijemput atau telah layak ke acara ini. 

Pada peringkat awal, pertandingan yang akan dimulakan pada 24 November ini hanya mengambil sebanyak 20 pasukan untuk mara.

Selepas mengambil kira faktor-faktor yang berlainan, mereka mengambil keputusan untuk menambahkan jumlah kuota pasukan yang layak kepada 24.

Pasukan yang layak ke acara ini adalah berdasarkan kelayakan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) yang berlangsung pada bulan Julai sehingga Oktober yang lalu.

Senarai nama pasukan yang layak dari acara-acara tersebut adalah:

Liga Dunia Timur

  1. Bigetron Red Aliens

Liga Dunia Barat

  1. Futbolist

PMPL Asia Tenggara

  1. Aerowolf Limax
  2. Rrq Athena
  3. Secret Jin
  4. Power888 Kps
  5. Team Secret

PMPL Americas

  1. Loops
  2. The Unnamed
  3. Execute Esports
  4. A7 Esports

Liga Eropah, Timur Tengah & Afrika

  1. Natus Vincere
  2. Klas Digital Athletics
  3. Godsent
  4. Konina Power

PMPL Asia Selatan

  1. Abrupt Slayers
  2. Drs Gaming
  3. A1 esports

PEL 2020 Championship Points

  1. Four Angry Men
  2. Nova Esports

Street Challenge 2nd Half

  1. Archer Restart

Liga Jepun

  1. Blue Bees

Finals Wildcard

  1. Z3us Esport

PMGC menyaksikan 24 pasukan dari pelbagai negara bertarung untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak $2,000,000 (RM8,268,000).

Pembahagian wang hadiah adalah seperti berikut:

  • Peringkat liga sebanyak AS$769,000 (RM3,179,046)
  • Peringkat akhir liga sebanyak AS$1,231,000 (RM5,088,954).

Menurut pembangun permainan video peranti mudah alih yang digilai ramai ini, Tencent dalam satu kenyataan mengatakan acara ini adalah acara yang paling terbesar pernah dikendalikan oleh mereka.

Mereka juga telah mencipta logo terbaru untuk acara khas ini. Selain itu, acara ini turut menekankan aspek pertandingan secara atas talian oleh kerana pandemik Covid-19.

Acara ini akan ditaja oleh Qualcomm, Mountain Dew dan juga Oneplus.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+