PUBG Mobile: Kini lebih banyak penggodam dan penipu dijatuhkan hukuman

Pada 6 hingga 11 November yang lalu, Tencent telah menjatuhkan hukuman kepada 1,431,996 akaun para pemain yang menggunakan cheat dan hack.

Kini pada 21 November lepas, mereka sekali lagi mengeluarkan infografik  laporan anti-cheating yang menyebabkan 1,106,964 akaun digantung dari bermain.

Kebanyakkan cheat yang digunakan oleh penggodam (hacker) dan penipu ini adalah x-ray vision, sasaran automatik dan juga pengubahsuaian kawasan. 

Nampaknya Tencent sangat mengambil berat tentang kewujudan para penipu dan penggodam ini kerana kehadiran mereka akan menyebabkan sesi permainan menjadi kurang memuaskan dan tidak seronok.

Laporan secara terus menerus ini pastinya akan membawa berita gembira bagi pemain permainan mudah alih ini.

Tencent juga merasakan jika tiada tindakan dilakukan oleh mereka pasti mereka akan terus kehilangan pemain. 

RELATED NEWS

+