PUBG Mobile kolaborasi dengan Anime Haruhi Suzumiya

PUBG Mobile kini dengan kolaborasi terbaru iaitu dengan anime terkenal yang dihasilkan oleh Kyoto Animation pada tahun 2006-2009.

Kolaborasi ini akan membawa lagu dan kostum baru yang akan ditambah masuk ke dalam PUBGM.

Anda boleh membeli kostum Haruhi, Mikuru Asahina dan Yuki Nagato yang akan hadir ke kotak traveler.

Acara ini sudah pun bermula 30 November lepas dan akan berakhir pada 21 Disember ini dan akan dibuat dalam dua fasa.

Fasa 1:

Apabila anda log masuk anda akan mendapat kad suara untuk semua kelima-lima pasukan SOS yang muncul dalam kolaborasi dan boleh digunakan untuk bermain dalam PUBG Mobile.

Fasa 2: Acara dari Haruhi Suzumiya

Satu misi akan dikeluarkan oleh Haruhi sebagai ketua pasukan SOS. Jika anda bermain SQUAD dalam mod klasik semasa acara anda akan medapat kotak dan berpeluang untuk mendapatkan barang kolaborasi.

Kolaborasi PUBG Mobile dan Haruhi ini boleh didapati untuk platform iOS dan Android. Ini bukanlah pertama kali kolaborasi anime yang dibuat oleh PUBG Mobile.

RELATED NEWS

+